Bagaimanakah kefungsian sosial individu dapat membantu menyelesaikan masalah

Monday, August 2, 2010




Kefungsian sosial adalah satu aktiviti yang melibatkan hubungan diantara komponen- komponen pengalaman sosial dalam kehidupan manusia. Ianya sangat penting dalam kehidupan manusia bagi memimpin seseorang individu itu kearah yang positif ataupun sebaliknya. Jika kefungsian sosial seseorang itu menjurus kepada perkara- perkara positif, maka positiflah hasilnya dan jika kefungsian sosial seseorang itu menjurus kepada perkara- perkara yang negatif, maka negatiflah hasilnya.Tanpa kefungsian sosial ini, kehidupan masyarakat akan menjadi tidak teratur dan tidak stabil. Ini dapat dirumuskan bahawa kefungsial sosial seseorang itu adalah penting dan saling berkait rapat dengan persekitarannya tersebut. 
Dalam menilai keberkesanan kefungsian sosial seseorang individu itu, komponen- komponen utama yang perlu ada adalah status sosial, rol sosial, kelompok sosial, dan institusi  sosial. 
 [1.bmp]
Contoh kes:
Amirul adalah seorang pelajar sebuah sekolah di kawasan luar bandar. Amirul juga berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Amirul mempunyai seorang sahabat karib yang bernama Imran. Mereka berdua menjadi perhatian pihak sekolah kerana selalu ponteng sekolah dan bergiat aktif dalam kes kecurian. Disebabkan dengan tabiat negatif mereka berdua yang suka mencuri dan ponteng sekolah, semua pelajar disekolah tersebut telah memulau mereka. Selain itu, pihak sekolah juga selalu mengambil tindakan tatatertib dengan mengenakan tindakan disiplin keatas mereka berdua. Selain itu, ibu bapa Amirul juga selalu dipanggil oleh pihak sekolah disebabkan masalah disiplin yang dibuat olehnya. Secara kesimpulannya, kefungsian sosial memberi kesan yang yang besar dan menyeluruh dalam kehidupan manusia. Jika Amirul terus dengan perkara- perkara negatif tersebut, mungkin suatu hari nanti dia akan gagal dalam kehidupannya. Dan jika Amirul mengubah cara pemikiran dan perlakuannya dengan belajar bersungguh- sungguh dan menjadi pelajar contoh disekolanya, maka ciri kefungsian Amirul akan lebih sempurna dan menarik.

Rujukan :-
Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul. (2009).  Pengantar kerja sosial: Kefungsian sosial dalam sistem sosial. Kuala Lumpur:Utusan publications & distributors

No comments:

Post a Comment