Teori Berkenaan Kerja Sosial Secara Berkumpulan

Wednesday, August 11, 2010

Didalam Teori Pappel dan Rothman (1962), mereka menyatakan bahawa terdapat 3 model utama dalam praktis kerja kumpulan iaitu:-


Model Matlamat Sosial
Model ini mengfokuskan cara- cara untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam komuniti dan menyelesaikannya secara berterusan. Lazimnya, ia diaplikasikan di rumah-rumah penempatan, pusat perkhidmatan komuniti dan lembaga penduduk setempat. Prinsip asas dalam mengaplikasikan model jenis ini adalah bermatlamatkan bagi memberikan penjelasan berkaitan polisi agensi, mengambil kira kekangan-kekangan yang wujud dalam komuniti, penyelesaian berasaskan matlamat bersama agensi, serta tindakan yang akan diambil secara kolektif dan menyeluruh. Model ini juga mempertimbangkan kesan yang akan berlaku sebelum sesuatu tindakan diambil dan ia menekankan proses demokrasi dalam mengambil sesuatu alternatif penyelesaian.


Model Perawatan
Model ini digunakan oleh pekerja sosial dalam bidang yang menekankan kepada pendekatatan pemulihan dan rawatan. Secara amnya, model ini berasaskan kaedah yang bersifat klinikal. Perubahan sosial yang ingin dicapai memfokuskan kepada aspek interaksi antara kumpulan dalam usaha bersama untuk membuat perubahan. Ahli kumpulan yang terlibat akan saling menyokong dan menghargai pandangan serta permasalahan sesama ahli. Model ini paling popular dipraktikkan di hospital sakit mental, institusi pemulihan, perkhidmatan sokongan keluarga dan perkhidmatan kaunseling di sekolah. 

Model Timbal Balik 
Model ini fokus kepada hubungan timbal balik antara individu dengan masyarakat.Setiap kumpulan sasaran mempunyai hubung kait dengan masyarakat keseluruhannya. Contohnya kumpulan bekas banduan yang terbiar selepas sesi pemulihan. Golongan tersebut perlu dipandang serius dan diambil langkah bagi membela nasib dan memahami masalah dan keadaan mereka. Terdapat 2 prinsip asas di dalam model ini  iaitu yang pertama adalah seseorang individu itu boleh dipelajari, difahami dan dirawat berdasarkan hubungannya dengan persekitaran dan yang ke2 ialah seseorang individu boleh dibentuk, dipengaruhi dan diubah melalui hubungan mereka dengan institusi sosial atau hubungan timbal-balik kedua-duanya.


Rujukan:-
Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul (2009). Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.




1 comment:

halliejaasan said...

Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
Harrah's Cherokee Casino & 목포 출장안마 Hotel is 인천광역 출장샵 located in Murphy, North 보령 출장안마 Carolina. Harrah's Cherokee 창원 출장마사지 Casino & Hotel is located 상주 출장안마 on Interstate 15 near Murphy,

Post a Comment